Powered by Bravenet Bravenet Blog

Tag Board

Normala: Tahniah En Hasyam kerana telah melahirkan blog baru di blogspot. InsyaAllah satu hari nanti kita semua akan bertemu & mengukuhkan lagi team ini.
Normala: Salam. Sdr Hasyam, tahniah & selamat datang ke SST & SN. Kejayaan pasti menjadi milik sesiapa saja yg rajin berusaha. Teruskan perjuangan!
SPD Zul: Taniah En Hasyam, atas lahirnya blog ini. Saya doakan semoga En terus beristiqamah
Sophia: Tahniah En. Hasyam kerana telah memulakan blog anda sendiri! Moga terus istiqamah, gigih dan bersabar dalam menuju Puncak Jaya!

Please type in the four characters shown in the black box.

Thursday, May 22nd 2008

9:15 PM

Apa Ada Di Bulan Jun?????

  • Mood:

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

 

Bertemu lagi di arena bisnes bersama Smart Success Team. Apa khabar anda semua hari ini? Saya berharap agar hari ini adalah lebih baik daripada hari semalam dan hari esok akan lebih baik daripada hari ini. Rancanglah sesuatu untuk hari esok dengan menjadikan hari semalam sebagai pangajaran dan tauladan.

 

Pejam-celik, pejam-celik kita sudah berada di minggu terakhir bulan May 2008. Selepas itu kita akan berada di bulan Jun 2008. Apa yang istimewanya bulan Jun ini? Sebenarnya, bulan Jun merupakan bulan penilaian bagi sesebuah perniagaan yang biasa juga kita sebut sebagai bulan terakhir suku ke 2 tahun 2008 sekiranya “tahun kewangan” syarikat tersebut adalah pada bulan Disember. Bagi syarikat yang menggunakan bulan Jun sebagai “tahun kewangan” bulan Jun adalah bulan terakhir suku ke 4 tahun 2008 yang menjadi penentu untung rugi sesebuah syarikat itu.

 

Maafkan saya sekiranya ada istilah yang kurang difahami kerana saya menggunakan beberapa istilah “alam” perniagaan. Biar saya jelaskan di sini, kebiasaannya setiap perniagaan akan melakukan semakan perniagaan setiap 3 bulan untuk mengetahui jumlah keuntungan dan pencapaian perniagaan. Jangka masa 3 bulan merupakan tempoh yang paling ideal untuk menilai tahap sesebuah perniagaan sama ada maju atau mundur. Mengapa 3 bulan? Ini adalah kerana 3 bulan merupakan jarak masa yang tidak terlalu panjang dan tidak juga terlalu singkat (sederhana). Jangka masa 3 bulan juga akan digunakan untuk menilai keberkesanan setiap strategi yang telah diguna pakai dengan memperbandingkan hasilnya dengan tempoh yang sama 3 bulan yang lepas. Sekiranya keuntungan untuk 3 bulan ini adalah melebihi keuntungan 3 bulan yang lepas bermakna strategi perniagaan telah berjaya dan begitu juga sebaliknya.

 

Untuk berjaya di dalam apa juga jenis perniagaan, setiap perancangan kita mestilah mengambil kira jarak masa 3 bulan ini. Pembahagiannya adalah  seperti rajah di bawah ini:-

 

Bulan Jan-Mar

Bulan Apr-Jun

Bulan Jul-Sep

Bulan Okt-Des

Suku Tahun Pertama

Suku Tahun Ke Dua

Suku Tahun Ke Tiga

Suku Tahun Ke Empat

 

Bagi suku tahun pertama sesebuah perniagaan merupakan tahap yang paling penting dan paling getir kerana tempoh 12 minggu ini perlulah digunakan sepenuhnya bagi tujuan penjenamaan syarikat melalui promosi yang hebat. Dalam pada itu, syarikat juga mestilah menyediakan latihan kemahiran yang secukupnya kepada para pekerjanya. Mungkin pada suku tahun pertama ini separuh daripada “budget” syarikat perlulah diperuntukkan untuk tujuan promosi dan latihan pekerja.

  

Suku tahun kedua dan ketiga pula merupakan tempoh untuk memaksimumkan pengeluaran produk berdasarkan permintaan. Tempoh 6 bulan inilah perniagaan yang sebenarnya mula beroperasi. Di dalam jangka masa ini juga akan wujudnya pelbagai masalah dalaman dan luaran yang memerlukan penyelesaian yang bijak oleh seorang ketua yang berfikiran positif, kreatif dan inovatif.

 

Suku tahun yang ke empat merupakan 12 minggu terakhir untuk sesebuah syarikat menyemak semula setiap “target” dan “budget” yang telah ditetapkan. Mempastikan setiap target telah tercapai dengan budget yang telah ditetapkan dan melakukan “post-mortem” sekiranya target kesampaian. Ini juga menyebabkan suku ke empat merupakan tahun penentu untung rugi sesebuah syarikat itu. Jadi, janganlah hairan sekiranya anda melihat muka Boss anda berkerut apabila tibanya bulan Jun atau pun bulan Disember.

 

Berbalik kepada sistem MLM, sistem pembahagian ini juga boleh dipraktikkan di dalam perniagaan MLM. Namun demikian, perniagaan MLM adalah lebih istimewa kerana para pengedar tidak perlu memikirkan soal Penyelidikan & Pembinaan (Research & Development) produk kerana ianya dilakukan oleh pihak syarikat. Setiap produk akan diuji dan dipastikan mempunyai kualiti yang terbaik. Jadi sewajarnya produk MLM mempunyai harga yang bersesuaian dengan kualitinya.  

 

Jangkamasa 3 bulan pertama (Suku Tahun Pertama) merupakan jangkamasa pembelajaran intensif bagi setiap ahli perniagaan MLM. Bacalah seberapa banyak buku-buku mengenai MLM supaya anda mendapat idea dan konsep yang jelas mengenai bisnes MLM yang sebenarnya. Bagi ahli Smart Success Team, terdapat pelbagai maklumat dan ilmu yang telah dipermudahkan untuk para ahli di laman web http://www.alivingmydream.com/hasyammudin/ yang membolehkan para ahli belajar dan       memahami konsep perniagaan MLM yang sebenarnya. Dewasa ini terdapat pelbagai perniagaan “jahat” atau “skim cepat kaya” yang bertopengkan MLM. Ilmu yang banyak mengenai MLM akan membantu anda menyelamatkan diri daripada “pemangsa-pemangsa” ini.

 

Saudara sekalian, setiap perniagaan pasti ada risikonya begitu juga dengan hidup ini yang juga punya risiko tersendiri. Namun demikian, perniagaan MLM adalah sebuah perniagaan yang mempunyai risiko yang paling rendah berbanding dengan perniagaan yang lain tetapi boleh membawa pulangan yang lumayan sekiranya dilakukan dengan bijak. Smart Success Team sedang menganjurkan Seminar I-Usahawan bagi melengkapkan diri bakal usahawan dengan ilmu-ilmu perniagaan yang mampu melahirkan seorang JUTAWAN, HARTAWAN dan DERMAWAN. Layari http://www.alivingmydream.com/hasyammudin/ untuk maklumat lanjut.

 

Cukup setakat ini dahulu. Kita jumpa lagi dalam warkah yang akan datang. Salam kejayaan daripada saya.

 

“PECAHKAN RUYUNG….BARU DAPAT SAGUNYA”…

 

Wassalam.

0 user comments.

There are no comments to this entry.

Post New Comment

 BraveJournal Member Non-Member
No Smilies More Smilies »
Please type the letters you see