Powered by Bravenet Bravenet Blog

Tag Board

Normala: Tahniah En Hasyam kerana telah melahirkan blog baru di blogspot. InsyaAllah satu hari nanti kita semua akan bertemu & mengukuhkan lagi team ini.
Normala: Salam. Sdr Hasyam, tahniah & selamat datang ke SST & SN. Kejayaan pasti menjadi milik sesiapa saja yg rajin berusaha. Teruskan perjuangan!
SPD Zul: Taniah En Hasyam, atas lahirnya blog ini. Saya doakan semoga En terus beristiqamah
Sophia: Tahniah En. Hasyam kerana telah memulakan blog anda sendiri! Moga terus istiqamah, gigih dan bersabar dalam menuju Puncak Jaya!

Please type in the four characters shown in the black box.

Saturday, May 10th 2008

10:13 PM

MARI MULAKAN LANGKAH MENJADI SEORANG USAHAWAN

  • Mood: Ceria,sihat

 

 

Salam Sejahtera,

Saudara Saudari sahabatku sekalian.

Setiap manusia mempunyai peluang untuk berjaya. Peluang itu sentiasa datang dan pergi di dalam perjalanan hidup kita. Kadang-kadang peluang itu datang tak kala kita tidak bersedia untuk menerimanya dan kadangkala tiada peluang yang hadir ketika kita amat bersedia untuk menerimanya.

Itu adalah lumrah kehidupan..kerana itulah kita sebagai manusia dikurniakan akal fikiran yang kita gunakan untuk membuat keputusan. Setiap keputusan yang kita buat melambangkan tahap pemikiran kita. Tahap pemikiran yang matang dan positif akan menghasilkan suatu keputusan yang bijak dan membawa kebaikan. "Always think positive"

Kisah Hidup Saya

Saya dilahirkan di dalam sebuah keluarga yang miskin di sebuh kampung terpencil di Daerah Jerantut, Pahang. Ketika saya membesar, tiada sebarang kemudahan infrastruktur yang ada di kampung itu. Tiada jalan raya, tiada elektrik, tiada bekalan air dan apatah lagi tiang telefon. Untuk kesekolah saya perlu bangun pada pukul 5 pagi dan bergegas ke sungai yang jaraknya kira-kira 300 meter dari teratak buruk saya untuk mandi pagi. Pastinya anda bayangkan kesejukannya hingga ke tulang hitam. Tetapi itu adalah silap kerana air sungai yang mengalir adalah lebih panas daripada air yang tersimpan di dalam pili besi. Tak percaya..anda boleh cuba.

...bersambung... http://www.alivingmydream.com/hasyammudin/

0 user comments.

There are no comments to this entry.

Post New Comment

 BraveJournal Member Non-Member
No Smilies More Smilies »
Please type the letters you see