Powered by Bravenet Bravenet Blog

Tag Board

Berita Terbaru: Kumpulan berita dan informasi terbaru
livenovo: nice blog...visit me back.
Normala: Tahniah En Hasyam kerana telah melahirkan blog baru di blogspot. InsyaAllah satu hari nanti kita semua akan bertemu & mengukuhkan lagi team ini.
Normala: Salam. Sdr Hasyam, tahniah & selamat datang ke SST & SN. Kejayaan pasti menjadi milik sesiapa saja yg rajin berusaha. Teruskan perjuangan!
SPD Zul: Taniah En Hasyam, atas lahirnya blog ini. Saya doakan semoga En terus beristiqamah
Sophia: Tahniah En. Hasyam kerana telah memulakan blog anda sendiri! Moga terus istiqamah, gigih dan bersabar dalam menuju Puncak Jaya!

Please type in the four characters shown in the black box.

Tuesday, July 8th 2008

12:21 AM

My new Blog

  • Mood:

Salam sejahtera sahabat sekalian,

Bulan Julai telah membawa banyak perubahan. Jangan lupa yang Julai adalah suku ke-3 tahun 2008. Masih ada 6 bulan lagi untuk realisasikan impian untuk mencapai KEBEBASAN KEWANGAN. Selain daripada Packaging baru IgG Plus serta Marketing Plan Smart Naco yang baru saya juga telah membina BLOG yang baru. Sesuai dengan nasihat BOSS- SPD Kaz yang mencadangkan kita menggunakan BLOGGER.COM. Sila lawati blog baru saya di http://wiramlmsejati.blogspot.com

0 user comments / leave a comment

Monday, June 16th 2008

8:33 PM

INGIN JADI USAHAWAN? DAFTARLAH SEKARANG UNTUK PROGRAM I-USAHAWAN 553

  • Mood:

 

Salam Sejahtera,

Apa khabar sahabat sekalian? Saya doakan agar anda semua sihat sejahtera di samping keluarga dan tugas seharian. Walaupun dengan situasi ekonomi yang begitu "stress" ini yang mencabar tahap kesabaran kita.

Namun demikian SMART SUCCESS TEAM telah melancarkan satu program yang akan mendidik insan biasa menjadi seorang USAHAWAN. Tiada yang mustahil sekiranya kita yakin dan percaya dengan apa yang kita lakukan.

Jangan lepaskan peluang hebat ini yang telah terbukti berjaya melahirkan Usahawan-Usahawan  Hebat. Lihat buktinya di http://alivingmydream.com/hasyammudin/.

Ketahuilah rahsia bagaimana mendidik minda kita menjadi MINDA USAHAWAN.

Layari http://alivingmydream.com/hasyammudin/ atau hubungi saya di 017-9817119

Sekian.

Jumpa lagi.

 

 

0 user comments / leave a comment

Thursday, May 22nd 2008

9:15 PM

Apa Ada Di Bulan Jun?????

  • Mood:

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

 

Bertemu lagi di arena bisnes bersama Smart Success Team. Apa khabar anda semua hari ini? Saya berharap agar hari ini adalah lebih baik daripada hari semalam dan hari esok akan lebih baik daripada hari ini. Rancanglah sesuatu untuk hari esok dengan menjadikan hari semalam sebagai pangajaran dan tauladan.

 

Pejam-celik, pejam-celik kita sudah berada di minggu terakhir bulan May 2008. Selepas itu kita akan berada di bulan Jun 2008. Apa yang istimewanya bulan Jun ini? Sebenarnya, bulan Jun merupakan bulan penilaian bagi sesebuah perniagaan yang biasa juga kita sebut sebagai bulan terakhir suku ke 2 tahun 2008 sekiranya “tahun kewangan” syarikat tersebut adalah pada bulan Disember. Bagi syarikat yang menggunakan bulan Jun sebagai “tahun kewangan” bulan Jun adalah bulan terakhir suku ke 4 tahun 2008 yang menjadi penentu untung rugi sesebuah syarikat itu.

 

Maafkan saya sekiranya ada istilah yang kurang difahami kerana saya menggunakan beberapa istilah “alam” perniagaan. Biar saya jelaskan di sini, kebiasaannya setiap perniagaan akan melakukan semakan perniagaan setiap 3 bulan untuk mengetahui jumlah keuntungan dan pencapaian perniagaan. Jangka masa 3 bulan merupakan tempoh yang paling ideal untuk menilai tahap sesebuah perniagaan sama ada maju atau mundur. Mengapa 3 bulan? Ini adalah kerana 3 bulan merupakan jarak masa yang tidak terlalu panjang dan tidak juga terlalu singkat (sederhana). Jangka masa 3 bulan juga akan digunakan untuk menilai keberkesanan setiap strategi yang telah diguna pakai dengan memperbandingkan hasilnya dengan tempoh yang sama 3 bulan yang lepas. Sekiranya keuntungan untuk 3 bulan ini adalah melebihi keuntungan 3 bulan yang lepas bermakna strategi perniagaan telah berjaya dan begitu juga sebaliknya.

 

Untuk berjaya di dalam apa juga jenis perniagaan, setiap perancangan kita mestilah mengambil kira jarak masa 3 bulan ini. Pembahagiannya adalah  seperti rajah di bawah ini:-

 

Bulan Jan-Mar

Bulan Apr-Jun

Bulan Jul-Sep

Bulan Okt-Des

Suku Tahun Pertama

Suku Tahun Ke Dua

Suku Tahun Ke Tiga

Suku Tahun Ke Empat

 

Bagi suku tahun pertama sesebuah perniagaan merupakan tahap yang paling penting dan paling getir kerana tempoh 12 minggu ini perlulah digunakan sepenuhnya bagi tujuan penjenamaan syarikat melalui promosi yang hebat. Dalam pada itu, syarikat juga mestilah menyediakan latihan kemahiran yang secukupnya kepada para pekerjanya. Mungkin pada suku tahun pertama ini separuh daripada “budget” syarikat perlulah diperuntukkan untuk tujuan promosi dan latihan pekerja.

  

Suku tahun kedua dan ketiga pula merupakan tempoh untuk memaksimumkan pengeluaran produk berdasarkan permintaan. Tempoh 6 bulan inilah perniagaan yang sebenarnya mula beroperasi. Di dalam jangka masa ini juga akan wujudnya pelbagai masalah dalaman dan luaran yang memerlukan penyelesaian yang bijak oleh seorang ketua yang berfikiran positif, kreatif dan inovatif.

 

Suku tahun yang ke empat merupakan 12 minggu terakhir untuk sesebuah syarikat menyemak semula setiap “target” dan “budget” yang telah ditetapkan. Mempastikan setiap target telah tercapai dengan budget yang telah ditetapkan dan melakukan “post-mortem” sekiranya target kesampaian. Ini juga menyebabkan suku ke empat merupakan tahun penentu untung rugi sesebuah syarikat itu. Jadi, janganlah hairan sekiranya anda melihat muka Boss anda berkerut apabila tibanya bulan Jun atau pun bulan Disember.

 

Berbalik kepada sistem MLM, sistem pembahagian ini juga boleh dipraktikkan di dalam perniagaan MLM. Namun demikian, perniagaan MLM adalah lebih istimewa kerana para pengedar tidak perlu memikirkan soal Penyelidikan & Pembinaan (Research & Development) produk kerana ianya dilakukan oleh pihak syarikat. Setiap produk akan diuji dan dipastikan mempunyai kualiti yang terbaik. Jadi sewajarnya produk MLM mempunyai harga yang bersesuaian dengan kualitinya.  

 

Jangkamasa 3 bulan pertama (Suku Tahun Pertama) merupakan jangkamasa pembelajaran intensif bagi setiap ahli perniagaan MLM. Bacalah seberapa banyak buku-buku mengenai MLM supaya anda mendapat idea dan konsep yang jelas mengenai bisnes MLM yang sebenarnya. Bagi ahli Smart Success Team, terdapat pelbagai maklumat dan ilmu yang telah dipermudahkan untuk para ahli di laman web http://www.alivingmydream.com/hasyammudin/ yang membolehkan para ahli belajar dan       memahami konsep perniagaan MLM yang sebenarnya. Dewasa ini terdapat pelbagai perniagaan “jahat” atau “skim cepat kaya” yang bertopengkan MLM. Ilmu yang banyak mengenai MLM akan membantu anda menyelamatkan diri daripada “pemangsa-pemangsa” ini.

 

Saudara sekalian, setiap perniagaan pasti ada risikonya begitu juga dengan hidup ini yang juga punya risiko tersendiri. Namun demikian, perniagaan MLM adalah sebuah perniagaan yang mempunyai risiko yang paling rendah berbanding dengan perniagaan yang lain tetapi boleh membawa pulangan yang lumayan sekiranya dilakukan dengan bijak. Smart Success Team sedang menganjurkan Seminar I-Usahawan bagi melengkapkan diri bakal usahawan dengan ilmu-ilmu perniagaan yang mampu melahirkan seorang JUTAWAN, HARTAWAN dan DERMAWAN. Layari http://www.alivingmydream.com/hasyammudin/ untuk maklumat lanjut.

 

Cukup setakat ini dahulu. Kita jumpa lagi dalam warkah yang akan datang. Salam kejayaan daripada saya.

 

“PECAHKAN RUYUNG….BARU DAPAT SAGUNYA”…

 

Wassalam.

0 user comments / leave a comment

Wednesday, May 14th 2008

11:12 PM

HARGA BARANG SEMAKIN NAIK...GAJI TAK NAIK-NAIK.........?!!!

  • Mood:

Salam Sejahtera,

Sahabat sekalian. Fenomena kenaikan harga barang yang sedang melanda negara kita sekarang ini amatlah memeritkan. Jika ditanya kepada para pemimpin negara jawapannya "Ini adalah fenomena GLOBAL yang melibatkan semua negara dan kemelesetan ekonomi adalah perkara biasa yang berlaku setiap 10 tahun".Adakah teori ini benar ataupun hanyalah kenyataan umum yang dipakai oleh semua pemimpin seluruh dunia? Tepuk dada tanya selera!

Sebenarnya, kesan kenaikan harga barang hanya dirasai oleh "kita" golongan marhain sahaja. Bagi golongan atasan mereka tidak mengalami apa-apa kesan kerana harga sekampit beras adalah lebih murah daripada makan pagi mereka di hotel-hotel mewah. Betul atau tidak? Saya rasa anda tahu jawapannya.

Apabila perkara seperti ini berlaku, siapakah yang hendak dipersalahkan? Kerajaan? Pemimpin? Parti pembangkang? Barisan nasional?........................????

Pada pendapat saya, diri sendiri yang bersalah kerana kita yang memilih untuk keadaan kita sekarang ini. Sekiranya kita salahkan kerajaan, kitalah yang memilih kerajaan tersebut. Jika hendak disalahkan pemimpin, kitalah yang memilih mereka. Salahkan parti pembangkang, mereka juga terdiri daripada "kita". Jadi, kesimpulannya betepatan dengan Firman ALLAH "Sesungguhnya setiap kerosakan dan kemudaratan yang berlaku di atas muka bumi ini adalah kerana tangan manusia itu sendiri". Dalam bahasa yang lebih mudah "sendiri mahu ingat, berani buat berani tanggung".

Sahabat sekalian, tahukah anda bahawa sanya di dalam kehidupan kita ini kita mempunyai pilihan kerana setiap perkara itu dijadikan oleh Allah berpasangan. Kita juga yang memilih antara dosa & pahala, baik & buruk, rajin & malas, tidur & jaga, puasa & makan dan sebagainya. Sekarang anda nampak jelas bahawa Allah Maha Adil sentiasa memberikan pilihan kepada hambanya. Kita juga di kurniakan AKAL yang sempurna agar dapat berfikir dengan waras dalam membuat sesuatu pilihan itu. Pilihan yang tepat hanyalah boleh dibuat berbekalkan ILMU. Tiada kehidupan tanpa ilmu. Manusia dapat hidup di atas muka bumi ini adalah kerana ILMU. Perkara yang membezakan antara KEJAYAAN dengan KEGAGALAN adalah ILMU. Untuk menyelesaikan setiap permasalah juga perlukan ilmu. Wah..lihatlah betapa pentingnya ilmu di dalam kehidupan manusia yang juga dikenali sebagai "homo sapien" ini.

Lihatlah manusia di sekeliling kita, kawan-kawan kita, saudara mara kita atau pun sesiapa sahaja yang telah tersilap langkah di dalam hidupnya. Apakah puncanya? Tidak lain dan tidak bukan kerana kekurangan ilmu. Sekarang kita sudah nampak akan kepentingan ilmu dalam menentukan hala-tuju kehidupan kita di dunia yang sementara ini. Ilmu jugalah yang akan menentukan kehidupan kita di alam Akhirat kelak.

Lantas..apakah kaitannya dengan kenaikan harga barang? Ia memang berkait kerana seseorang yang berilmu tidak akan membenarkan keadaan persekitaran mempengaruhi dirinya bahkan merekalah yang menentukan kehidupan mereka dan persekitaran mereka. Ini adalah benar, kerana selama ini kita membiarkan hidup kita ditentukan oleh orang lain. Kita hanya bekerja dari pagi sampai ke petang dan bayarannya ditentukan oleh majikan kita. Jadi, selama ini kita tidak dapat menentukan pendapatan kita kerana kita adalah golongan "pekerja" dan majikan kita adalah golongan "usahawan". Baik..sekarang kita sudah nampak adanya dua pilihan antara menjadi "pekerja" atau menjadi "usahawan". Sekarang manakah pilihan yang membolehkan kita sendiri menentukan pendapatan dan kerja kita? Sudah tentulah dengan menjadi usahawan. Saya berpendapat semua orang boleh menjadi usahawan.Ya..usahawan yang mencari rezeki dengan hasil titik-peluh kita sendiri. Sekiranya kita beroleh kekayaan ianya kerana usaha kita sendiri bukannya mempergunakan kudrat orang lain untuk kesenangan kita seorang. 

Sahabat sekalian.

Kita semua mempunyai potensi untuk menjadi USAHAWAN. Apa yang paling penting adalah "niat", cari ilmu dan amalkan ilmu tersebut. Tiada apa yang mustahil untuk dicapai sekiranya berusaha dengan penuh keyakinan dan "istiqamah". Saya mempunyai keyakinan yang tinggi bahawa setiap insan itu akan berjaya apabila dia membuat pilihan yang betul dan bertanggungjawab di atas pilihan tersebut. Ingatlah, jadilah seperti air yang akan sentiasa mengalir melepasi setiap halangan. Untuk mendapatkan kisah hidup usahawan-usahawan yang telah telah berjaya layari http://www.alivingmydream.com/hasyammudin/

Jumpa lagi,

 

Wassalam

Hasyammudin http://www.alivingmydream.com/hasyammudin/

  

0 user comments / leave a comment

Tuesday, May 13th 2008

7:00 AM

Antara KAYA dan SIHAT yang mana LEBIH UTAMA?

  • Mood: Ceria
Salam Sejahtera,
 
Bertemu lagi kita di alam maya. Amacam hari ni? Anda ada bermacam-macam perkara yang berlaku pada hari ini? Kalau perkara yang positif tu, Alhamdulillah..tetapi sekiranya perkara yang negatif menimpa anda hari ini..jangan susah hati..jangan gundah-gulana dan jangan patah semangat kerana anda perlu tahu bahawa terdapat insan lain yang sama-sama malang atau pun lebih malang lagi dari diri anda.
 
Sahabat Sekalian,
 
Di dalam dunia ini terdapat pelbagai ragam manusia yang anda akan jumpa setiap hari. Memang ada yang akan membuat anda sakit hati....(biasalahkan memang itu lumrah hidup). "Persoalannya sekarang adakah berbaloi untuk kita memikirkan kenapa seseorang itu menyakiti hati kita" yang membuatkan kita tambah sakit hati? Jawapannya "anda hanya membuang masa" kerana anda tidak perlu memikirkan perkara tersebut yang berunsur negatif. Ia akan menarik unsur-unsur negatif yang lain ke dalam hidup anda. Apa yang perlu kita buat? Hanya bertenang, tarik nafas dalam-dalam melalui hidung (sambil membaca selawat ke atas Nabi Muhammad SAW), tahan nafas selama 3 saat dan lepaskan nafas perlahan-lahan melalui mulut dalam kiraan 10. Ulanginya 3 kali, insyaallah hati kita akan kembali tenang dan lapang. Proses ini kita namakan "TERAPI PERNAFASAN MENGAWAL PERASAAN". Anda boleh cuba petua saya ini dan beritahu saya kesannya.

Berbalik kepada tajuk yang saya pilih "Antara Kaya Dan Sihat" yang mana lebih penting? Terdapat manusia yang mengatakan dengan mempunyai wang kita boleh mendapatkan kesihatan yang baik. Itu pendapat yang betul juga kerana dengan ada wang kita boleh membeli produk kesihatan atau pun mendapatkan rawatan di Hospital Pakar. Namun demikian terdapat sebahagian lagi manusia yang lebih positif yang mengatakan bahawa "kesihatan" adalah yang paling utama kerana wang tidak akan bermakna lagi sekiranya kita sudah tidak memiliki kesihatan yang baik. Saya lebih cenderung kepada pendapat yang kedua kerana "prevention is better than cure" mencegah itu adalah lebih baik daripada mengubati. Apa pendapat ada semua?

Secara biologinya tubuh kita merupakan sebuah "mesin" yang beroperasi 24 jam untuk menghasilkan tenaga. Apa yang kita makan / minum merupakan "input" ke dalam tubuh kita yang akan menghasilkan "output" iaitu tenaga yang kita gunakan untuk mengerakkan tubuh kita. Kesan daripada proses penghasilan tenaga itu akan menhasilkan. bahan buangan yang akan di buang keluar dari tubuh badan memalui poses perkumuhan. Emmmm...tentu anda masih ingat lagi dengan istilah-istilah saintifik yang pernah kita gunakan di zaman persekolah dahulu. Secara mudahnya, kita boleh andaikan tubuh kita seperti sebuah kereta. Sesebuah kerata itu akan mengalami juga proses saintific (fizik,kimia,biologi) dalam menghasilkan tenaga untuk mengerakkanya. Sama juga cam manusiakan? Kereta yang dijaga dengan rapi dari segi luaran dan dalaman (termasuk enjinnya) akan dapat betahan lebih lama usianya daripada kereta yang dipandu tanpa penjagaan. Badan kita pun sama juga, sesiapa yang menjaga permakanannya akan dapat merasai kesihatan yang lebih baik dan berpanjangan tetapi mereka yang makan ikut perasaan (main bedal je...) akan merasai kesihatan yang baik selama 40 tahun sahaja (ikut statistik semasa). Selepas umur 40 tahun, taraf kesihatan akan menurun sebanyak 50%. Mengapa jadi begini? Faktornya hanya 2 iaitu salah makan dan salah cara hidup.
 
Untuk mendapatkan kesihatan yang baik jagalah permakanan kita dan amalkan cara hidup yang sihat melalui senaman. Senaman mesti dilakukan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu dengan 20 minit pada setiap sessi. Pengambilan makanan kesihatan juga tidak kurang pentingnya kerana makanan harian kita belum tentu mempunyai kandungan zat & vitamin yang cukup untuk tubuh kita. Saya mengamalkan susu IGG Plus keluaran Smart Naco. Setakat ini kesannya amat positif. Saya nak cerita banyak pun tak pandai kerana hanya yang mencubanya akan merasai kesannya. Sila layari http://www.alivingmydream.com/hasyammudin/ untuk keterangan lanjut mengenai produk tersebut. Oklah, setakat ini dahulu. Jangan lupa buat persiapan untuk program anda pada hujung minggu ini.
 
Jumpa lagi,
 
Wassalam 
 
http://www.alivingmydream.com/hasyammudin/
0 user comments / leave a comment

Saturday, May 10th 2008

10:13 PM

MARI MULAKAN LANGKAH MENJADI SEORANG USAHAWAN

  • Mood: Ceria,sihat

 

 

Salam Sejahtera,

Saudara Saudari sahabatku sekalian.

Setiap manusia mempunyai peluang untuk berjaya. Peluang itu sentiasa datang dan pergi di dalam perjalanan hidup kita. Kadang-kadang peluang itu datang tak kala kita tidak bersedia untuk menerimanya dan kadangkala tiada peluang yang hadir ketika kita amat bersedia untuk menerimanya.

Itu adalah lumrah kehidupan..kerana itulah kita sebagai manusia dikurniakan akal fikiran yang kita gunakan untuk membuat keputusan. Setiap keputusan yang kita buat melambangkan tahap pemikiran kita. Tahap pemikiran yang matang dan positif akan menghasilkan suatu keputusan yang bijak dan membawa kebaikan. "Always think positive"

Kisah Hidup Saya

Saya dilahirkan di dalam sebuah keluarga yang miskin di sebuh kampung terpencil di Daerah Jerantut, Pahang. Ketika saya membesar, tiada sebarang kemudahan infrastruktur yang ada di kampung itu. Tiada jalan raya, tiada elektrik, tiada bekalan air dan apatah lagi tiang telefon. Untuk kesekolah saya perlu bangun pada pukul 5 pagi dan bergegas ke sungai yang jaraknya kira-kira 300 meter dari teratak buruk saya untuk mandi pagi. Pastinya anda bayangkan kesejukannya hingga ke tulang hitam. Tetapi itu adalah silap kerana air sungai yang mengalir adalah lebih panas daripada air yang tersimpan di dalam pili besi. Tak percaya..anda boleh cuba.

...bersambung... http://www.alivingmydream.com/hasyammudin/

0 user comments / leave a comment

Friday, May 9th 2008

8:47 AM

Welcome to your new Bravenet Blog.

  • Mood: Excited!
You can maintain your blog by logging in to your Bravenet account. Once you are logged in you can customize the layout, colors, and features. In addition, you can add your own links, edit your profile, add your friends, and change many other options to personalize your blog.

Once you begin using your blog, you can view statistics in your members area to see how many people are reading your blog as well as where they come from.

We hope you enjoy your Blog. Be sure to tell all your friends about this great new service from Bravenet!
0 user comments / leave a comment